Isnin, 17 Mei 2010

Penulisan biografi Siti Norkiah

Mulai pertengahan bulan Mei 2010 ini saya akan meneruskan menulis biografi Siti Norkiah, setelah tergendala lebih sebulan kerana berkunjung ke Banjarmasin dari 3 hingga 8 April 2010, dan juga kerana mengedit tesis Setia Budhi. Saya harap pekerjaan ini dapat saya selesaikan dalam masa 3-4 bulan.

Sebelum ini Haji Mokhtar ada datang dan meminta saya menolong menuliskan biografi beliau. Saya belum memberikan keputusan muktamad, sama ada dapat menolongnya atau tidak. Akan tetapi, jika dapat pun, mungkin akan memakan masa. Saya tidak tahu sama ada dia boleh bersabar menunggu atau tidak .

Rabu, 23 Disember 2009

Salam

Blog ini untuk mengganti blog terdahulu yang sama tajuknya, tapi blog ini dimaksudkan sebagai blog peribadi.