Isnin, 17 Mei 2010

Penulisan biografi Siti Norkiah

Mulai pertengahan bulan Mei 2010 ini saya akan meneruskan menulis biografi Siti Norkiah, setelah tergendala lebih sebulan kerana berkunjung ke Banjarmasin dari 3 hingga 8 April 2010, dan juga kerana mengedit tesis Setia Budhi. Saya harap pekerjaan ini dapat saya selesaikan dalam masa 3-4 bulan.

Sebelum ini Haji Mokhtar ada datang dan meminta saya menolong menuliskan biografi beliau. Saya belum memberikan keputusan muktamad, sama ada dapat menolongnya atau tidak. Akan tetapi, jika dapat pun, mungkin akan memakan masa. Saya tidak tahu sama ada dia boleh bersabar menunggu atau tidak .

3 ulasan:

  1. as salam...
    saudara ada menghubungi saya... tapi saya tak perasan email saudara.. boleh saya tau berkenaan ape saya menghubungi saya?

    saya telah menghantar email kepada saudara di alamat email yg saudara tinggalkan di ruangan komen di blog saya

    BalasPadam
  2. salam blogger, salam kerinduan ayahnda di Malaysia - semoga tetap sihat dan boleh berkunjung kembali di Banjarmasin

    BalasPadam
  3. Saya bercadang akan ke Banjarmasin sempena Kongres Budaya Banjar Ke-3 nanti. Tapi saya tidak pasti bila. Dan saya pun tidak tahu sama ada diundang atau tidak.

    BalasPadam